Tarikh :   15 Jun 2023
Masa :   3:00PM - 4:30 PM 
Peserta :   20 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan mengenai Klik dengan Bijak(KDB).

 

Aktiviti :

Peserta mendengar program bicara Klik dengan Bijak(KDB). Program ini menerangkan tentang melindungi kanak-kanak dalam pengantunan dalam talian. Peserta mengetahui mengenai statistik penggunaan internet dan media sosial, pengantunan dalam talian, laman web dan aplikasi, peranan ibu bapa dan penjaga dan akhir sekali tindakan wajar yang harus diambil dalam menangani perkara ini.

Gambar Disini  


Tarikh :   13 Jun 2023
Masa :   10:00AM - 11:00 AM 
Peserta :   50 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan mengenai Klik dengan Bijak(KDB).

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat Klik dengan Bijak(KDB). Taklimat ini mengenai tentang Tidak Pasti,Jangan Kongsi. Peserta mengetahui mengenai jenis-jenis maklumat palsu,cara mencari kesahihan sesuatu maklumat dan bahayanya menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Gambar Disini  


Tarikh :   09 Jun 2023
Masa :   10:30AM - 12:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan mengenai pengenalan kepada platform baru Digital Learning.

 

Aktiviti :

Peserta menyertai sesi briefing bagi memahami mengenai pengenalan kepada platform baru Digital Learning iaitu Sistem Pengurusan Digital Learning di Aoneschools. Program Digital Learning ini juga dikenali sebagai DiLea. Sesi briefing ini dapat membantu peserta untuk memahami beberapa proses yang diperlukan sebelum platform ini sedia digunapakai. Sesi ini telah dijalankan dalam platform Zoom Meeting.

Gambar Disini

 


Tarikh :   09 Jun 2023
Masa :   3:00PM - 4:00 PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan mengenai program jana pendapatan di PEDi.

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai program jana pendapatan di PEDi. Peserta diperkenalkan dengan produk yang boleh dijual di PEDi. Peserta juga belajar mengenai cara menggunakan sistem web jual beli produk berkenaan. 

Gambar Disini  


Tarikh :   24 Mei 2023
Masa :   2:00PM - 4:00 PM 
Peserta :   11 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Lawatan Delegasi MCMC ke PEDi adalah untuk memahami tentang pengoperasian PEDi untuk kertas strategi tentang PEDi.

 

Aktiviti :

Lawatan ini juga disertai oleh pihak TM dan MSD. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh petugas PEDi dan sesi soal jawab juga berlangsung sepanjang sesi taklimat ini. Lawatan kerja ini memberi sedikit pengisian baharu berkaitan peranan PEDi dalam memberi impak positif dari segi sosial dan ekonomi kepada komuniti dengan melalui pelbagai aktiviti dan kelas latihan yang disediakan oleh PEDi sendiri.

Gambar Disini