Tarikh | : 26 Julai 2023 |
Masa | : 11:00AM - 12:30 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai mindset seorang usahawan.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai Mindset Keusahawanan. Peserta belajar cara berfikir dan pemikiran seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa mencari peluang di dalam kesulitan. Peserta belajar cara membentuk mindset,ciri-ciri dan cara memperkukuhkan mindset usahawan.
Tarikh | : 20 Julai 2023 |
Masa | : 10:00AM - 11:00 AM |
Peserta | : 20 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai maklumat palsu.
Aktiviti :
Peserta mendengar Bicara Klik Dengan Bijak(KDB) yang bertajuk maklumat palsu dan sebarkan yang benar. Panel memulakan bicara KDB dengan bercerita mengenai statistik penggunaan media sosial di Malaysia dan berita-berita mengenai "kegilaan" rakyat terhadap media sosial. Panel memberitahu peserta mengenai faktor utama pengguna menggunakan internet ialah mencari maklumat dan lima aktiviti utama dalam talian seperti komunikasi teks,komunikasi video atau suara,media sosial,menonton video dan mencari maklumat.Panel menasihati peserta supaya mencari kesahihan maklumat sebelum menyebarkan maklumat dan jangan sebarkan maklumat yang tidak pasti atau palsu. Peserta boleh mencari kesahihan sesuatu maklumat di laman web Sebenarnya.my.Peserta juga menyertai kuiz mengenai Klik Dengan Bijak yang disediakan oleh panel dan moderator.
Tarikh | : 18 Julai 2023 |
Masa | : 11:00AM - 12:30 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai kemahiran temuduga.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat kemahiran temuduga. Peserta belajar perkara yang harus dilakukan sebelum temuduga,cara penulisan resume sera tatacara dan tertib yang perlu dilakukan semasa temuduga. Peserta juga melihat "mockup interview" di dalam taklimat ini.
Tarikh | : 20 Julai 2023 |
Masa | : 11:00AM - 12:30 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai pengurusan kewangan peribadi.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai pengurusan kewangan peribadi. Peserta belajar cara pengurusan peribadi yang betul dan penyusunan wang mengikut keperluan dan kehendak.
Tarikh | : 17 Julai 2023 |
Masa | : 11:00PM - 12:30 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai pengurusan kewangan untuk IKS.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai pengurusan kewangan untuk IKS melalui aplikas zoom atau siaran langsung facebook. Peserta belajar mengenai penyata untung rugi, jualan bersih,untung kasar,untung bersih,cara pengiraan untung dan rugi dan lain-lain yang berkaitan perngurusan kewangan untuk IKS.