Tarikh | : 11 Mac 2024 |
Masa | : 4:00PM - 5:00 PM |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : NaDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendidikan S.T.E.M..
Aktiviti :
Peserta belajar bermain permainan berasaskan S.T.E.M..Peserta bermain permainan S.T.E.M. di laman web Engineering.com. Permainan ini mengenai menyusun kotak mengikut tempat yang disediakan. Permainan ini membantu membentuk pemikiran kritikal peserta dan melatih kemahiran menggunakan tetikus.
Tarikh | : 06 Mac 2024 |
Masa | : 10:00AM - 01:00 PM |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : NaDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Kursus Latihan Pengendali Makanan.
Aktiviti :
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini diajarkan oleh tenaga pengajar dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan SIKAP INTAN. Kursus ini mendapat penyertaan dari beberapa usahawan NaDI dalam mendapatkan Sijil Pengendali Makanan ini. Peserta dapat belajar mengenai cara yang betul dalam memastikan penyediaan makanan yang disediakan mematuhi peraturan makanan yang ditetapkan oleh KKM.
Tarikh | : 02 Mac 2024 |
Masa | : 9:00AM - 1:00 PM |
Peserta | : 20 orang |
Lokasi | : NaDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai asas Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan kepada usahawan.
Aktiviti :
Mini Program ini khusus untuk usahawan belajar asas Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan untuk membantu membangunkan perniagaan usahawan. Usahawan belajar penggunaan ChatGPT untuk membuat promosi perniagaan di media sosial dan lain-lain. Usahawan juga belajar mengenai Bing Image Creator dan Canva untuk melakukan "editing" terhadap imej produk perniagaan usahawan. Pameran jualan produk dan pemberian goodies turut disertakan di Mini Program ini.
Tarikh | : 02 Mac 2024 |
Masa | : 2:30PM - 5:00 PM |
Peserta | : 7 orang |
Lokasi | : NaDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai asas Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan. Peserta belajar penggunaan ChatGPT dan cara membuat akaun email untuk kegunaan kerja sekolah dan aktiviti seharian. Peserta juga belajar mengenai Bing Image Creator dan Canva untuk melakukan "editing" imej. Selain itu, peserta belajar mengenai "animation video" menggunakan Invideo AI.
Tarikh | : 24 Februari 2024 |
Masa | : 4:30PM - 5:30 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai perniagaan Shopee.
Aktiviti :
Peserta diberikan pendedahan mengenai asas perniagaan atas talian melalui Shopee. Peserta belajar cara membuat akaun perniagaan di Shopee. Peserta juga belajar cara meletak produk yang ingin dijual di Shopee, menghias kedai Shopee, promosi di Shopee,membuat iklan di Shopee dan lain-lain.