Tarikh :   29 September 2023
Masa :   10:30AM - 11:30AM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Canva: Cipta Poster Jualan

Aktiviti :

Peserta dapat mempelajari untuk menggunakan Canva bagi mencipta poster jualan. Peserta dapat mencari beberapa contoh poster jualan sebagai rujukan, mencipta sendiri poster dengan memasukkan gambar, menggunakan font yang betul dan menggunakan kreativiti mereka poster jualan yang menarik.

Gambar Disini

 


Tarikh :   24 September 2023
Masa :   03:00PM - 06:00PM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti :

Peserta merupakan usahawan PEDi PPR Sri Bidor yang meminta bantuan petugas PEDi untuk membantunya menyediakan satu Profil Syarikat dengan menggunakan Microsoft Word. Petugas memberi tunjuk ajar dengan menunjukkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar, membuat auto calculation dan menaip menggunakan font yang betul dalam Microsoft Word. Peserta juga dapat mengetahui cara untuk membuat profil syarikat dengan betul dan meningkatkan kemahiran penggunaan softskill sebagai usahawan. 

Gambar Disini

 


Tarikh :   24 September 2023
Masa :   12:00PM - 1:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai papan kekunci atau keyboard.

Aktiviti :

Peserta dikenalkan dengan papan kekunci komputer atau dikenali dengan nama keyboard. Peserta bermain permainan menyusun keys huruf,nombor dan simbol yang terdapat pada papan kekunci. Kemudian,peserta bermain menaip huruf pada papan kekunci mengikut huruf yang dipaparkan pada screen komputer. Kedua-dua permainan ini,peserta bermain di laman web ABCya!.

Gambar Disini


Tarikh :   27 September 2023
Masa :   10:30AM - 11:00AM 
Peserta :   3 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan sumber manusia.

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai pengurusan sumber manusia. Peserta belajar bahawa pekerja memerlukan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran dan prestasi pekerja mereka.Peserta belajar cara menentukan latihan yang diperlukan oleh pekerja dan proses permohonan latihan. Peserta juga belajar bahawa terdapat latihan tertentu yang bertujuan untuk mendapatkan lesen.

Gambar Disini


Tarikh :   23 September 2023
Masa :   11:30AM - 12:30PM 
Peserta :   3 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai S.T.E.M.

Aktiviti :

Peserta belajar mengenai pecahan. Peserta bermain permainan pendidikan pecahan ini untuk lebih mengenali mengenai S.T.E.M.. Peserta bermain permainan pecahan ini di laman web ABCya!. Permainan pecahan ini bermain seperti bingo. Peserta harus menyamakan nombor pecahan yang diberikan dengan nombor pecahan yang terpapar di papan. Peserta boleh mendapat bingo sama ada dari melintang,menegak atau menyenget.

Gambar Disini