Tarikh :   10 & 24 September 2023
Masa :   09:30AM - 10:30AM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai mata pelajaran Sains Darjah 4 & 5.

Aktiviti :

Peserta dapat belajar mengenai mata pelajaran Sains bagi Darjah 4 & 5. Peserta dapat merujuk contoh soalan kertas Sains Darjah 4 & 5 sebagai rujukan dalam mendapatkan jawapan yang betul. Peserta juga dapat mempelajari dengan modul pembelajaran yang lain iaitu penggunaan contoh video dan gambar berkaitan Sains. Peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta peka dalam menjawab contoh soalan yang diberi.

Gambar Disini

 


Tarikh :   20 September 2023
Masa :   10:30AM - 12:00PM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai "smart farming".

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai "smart farming" iaitu teknologi yang digunakan dalam berkebun dan berladang. Peserta belajar bahawa petani baru seharusnya menetapkan tujuan dan sasaran mereka. Petani baru juga seharusnya mengenal pasti sumber kewangan dan pilih teknologi bersesuaian dengan tanaman masing-masing. 

Gambar Disini


Tarikh :   15 September 2023
Masa :   9:00AM - 11:30AM 
Peserta :   19 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ICT.

Aktiviti :

Peserta iaitu kanak-kanak kepada Tabika Kemas Taman Sri Bidor mengadakan lawatan sambil belajar di PEDi PPR Sri Bidor. Peserta belajar mengenai komponen komputer yang asas melalui penerangan petugas dan melalui bermain permainan mencari peralatan komputer yang tersembunyi di laman web ABCya!.Peserta juga diberikan taklimat Klik dengan Bijak supaya peserta menggunakan laman web yang bersesuaian dan selamat dengan usia mereka dan harus dibawah pengawasan ibu bapa dan penjaga peserta. Peserta belajar mengenai "touch screen" apabila mereka menyentuh Monitor LCD untuk bermain beberapa jenis permainan pendidikan seperti mencari komponen komputer yang tersembunyi,jigsaw Puzzle yang bertemakan Hari Malaysia di laman web Jigsaw Puzzle dan surih huruf atau nombor di laman web ABCya!. Kemudian,peserta bermain beberapa permainan pendidikan di laman web ABCya! untuk melatih penggunaan tetikus atau mouse. Peserta juga mewarna bendera Malaysia menggunakan platform atas talian iaitu Super Coloring.

Gambar Disini


Tarikh :   19 September 2023
Masa :   10:30AM - 1:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan perniagaan.

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai pengurusan kewangan perniagaan.Peserta belajar mengenai penyata aliran tunai,penyata pendapatan,kaedah membuat penyata aliran tunai dan lain-lain.

Gambar Disini


Tarikh :   14 September 2023
Masa :   10:30AM - 12:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran temuduga.

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai kemahiran temuduga. Peserta diberitahu perlu menyediakan dokumen tertentu dan membuat kajian mengenai syarikat yang ditemuduga dan cara temuduga melalui panggilan telefon. Peserta belajar mengenai cara menjawab soalan perkenalkan diri, petua menjawab soalan mengenai kelemahan diri sendiri, cara berjalan dan bertemu mata ketika berjumpa dengan penemu duga dan lain-lain.

Gambar Disini