USAHAWAN DHUHA BINTI HJ. SOLAHUDDIN

  Nama :  Dhuha Binti Hj. Solahuddin
  Umur :  49 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Dhuha Binti Hj. Solahuddin berumur 49 tahun yang tinggal di rumah Pangsa Sri Bidor kira-kira 300 meter dari PI PPR Sri Bidor. Beliau mempunyai seorang anak dan menjalankan perkhidmatan mengemas rumah, memesin rumput dan membersihkan kawasan rumah bersama-sama suaminya untuk menambah pendapatan. Beliau menawarkan perkhidmatan ini di seluruh kawasan Bidor, Tapah dam Sungkai.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau hanya membuat promosi dengan bantuan rakan-rakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT dan keushawanan Intel di PI, beliau telah mempromosikan perkhidmatannya di Dashboard Komuniti, Facebook dan aplikasi Whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini bertambah dan komuniti semakin tahu tentang perkhidmatan yang ditawarkan.


CELIK IT NUR FATEHAH BINTI ZAIDI

  Nama :  Nur Fatehah Binti Zaidi
  Umur :  13 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Nur Fatehah Binti Zaidi berumur 13 tahun dan tinggal di Rumah Pangsa Sri Bidor. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada 20 Disember 2015. Beliau menjadi ahli PI PPR Sri Bidor selepas Program P1IM dan Komuniti yang diadakan di Padang Kg. Dato Kamaruddin. Beliau tertarik mendengar penerangan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu,beliau tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dan membuat keputusan menjadi ahli untuk belajar ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas atau menaip surat, tidak tahu cara menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet  PPR Sri Bidor, beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual kelas, membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker  dan mencetak bahan yang perlu dari komputer


USAHAWAN ESHAH BINTI AHMAD

  Nama :  Eshah Binti Ahmad
  Umur :  44 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Eshah Binti Ahmad merupakan suri rumah yang mempunyai tiga orang anak. Ketika menetap di Shah Alam lebih kurang 20 tahun yang lalu, beliau banyak mengikuti kelas membuat kek,pencuci mulut dan kuih tradisional. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang ada beliau menjana pendapatan dengan menjual aneka kek,pencuci mulut, kuih tradisional, lemang periuk kera dan sambal ikan bilis.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas fotografi dan cara mempromosi produk di media sosial dengan betul. Beliau hanya mendapat tempahan daripada rakan-rakan terdekat sahaja. Oleh itu, pendapatan beliau lebih kurang RM300.00 sebulan sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan  yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet  PPR Sri Bidor, beliau kini telah memiliki 'facebook page' sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau  kini dari seluruh negeri disebabkan produk jualan beliau yang dipromosikan melalui 'facebook page' tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini bertambah.


 USAHAWAN TOH HUI SZE

  Nama :  Toh Hui Sze
  Umur :  40 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Toh Hui Sze merupakan suri rumah yang menjalankan perniagaan membuat alas kaki menggunakan jahitan tangan. Beliau berusia 40 tahun dan berasal dari Johor Bahru dan telah lama menetap di Bidor, Perak. Beliau menjalankan perniagaan ini kerana minat yang mendalam dalam bidang jahitan dan menghasilkan alas kaki menggunakan kain yang berkualiti dan warna yang menarik.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft Excel untuk membuat akaun perniagaannya. Selain itu, beliau kurang mahir mengambil gambar produk yang menarik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keushawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Excel untuk membuat akaun perniagaannya. Produk beliau juga telah dipromosikan di Dashboard PI. Tambahan pula, gambar produknya lebih menarik kerana beliau belajar teknik cara pengambilan gambar dengan menarik.


CELIK IT BATRISYIA ANNUR BINTI ADHAM ISKANDAR

  Nama :  Batrisyia Annur Binti Adham  Iskandar
  Umur :  11 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Batrisyia Annur Binti Adham Iskandar berumur 10 tahun semasa mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor iaitu pada 19 November 2015. Beliau menjadi ahli PI PPR Sri Bidor ketika Program PI dan Komuniti yang diadakan di Padang Kg. Dato Kamaruddin. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, beliau tidak mahu melepaskan peluang yang baik ini dan terus membuat keputusan menjadi ahli untuk belajar ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas, tidak tahu cara penggunaan Microsoft Excel, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, kini beliau mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual kelas, membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker  dan mencetak bahan yang perlu dari komputer