CELIK IT MUHAMMAD ASHRAF BIN SHAHLALHUDIN

  Nama :  Muhammad  Ashraf Bin Shahlalhudin
  Umur :  11 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Muhammad Ashraf berumur 11 tahun. Beliau tingal di Rumah Pangsa Taman Sri Bidor. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada 1 Jun 2017. Beliau mula tertarik untuk menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti menarik yang ditawarkan.Oleh itu,beliau tidak mahu melepaskan peluang yang baik ini dan terus membuat keputusan menjadi ahli untuk belajar ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk memasukkan gambar dan tidak tahu menggunakan Microsoft Powerpoint

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT  yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk memasukkan gambar. Beliau juga sudah mula tahu pendidikan asas menggunakan Microsoft Powerpoint.


USAHAWAN NOORHIDAYAH BINTI HALIM

  Nama :  Noorhidayah Binti Halim
  Umur :  27 tahun
  Ahli :  2018

Latar Belakang

Cik Noorhidayah binti Halim ialah usahawan separuh  masa yang menjalani perniagaan menjual kuih masalodeh secara kecil-kecilan.Cik Noorhidayah merupakan cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Tapah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak berapa mahir menggunakan Microsoft Excel untuk merekod jualan produk beliau serta tidak tahu cara mempromosi produk beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah memperluaskan promosi produknya di aplikasi Dashboard Komuniti serta mahir menggunakan Microsoft Excel untuk merekod data.


CELIK IT SITI NUR SYAFIQAH BINTI ROSLAN

  Nama :  Siti Nur Syafiqah  Binti Roslan
  Umur :  18 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Siti Nur Syafiqah berumur 16 tahun ketika mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor dan tinggal di kawasan perumahan Taman Bidor Intan. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.

 Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word dan melakukan penyimpanan data dan asas pengiraan di Microsoft Excel serta cara penggunaan Microsoft Publisher dan Microsoft Powerpoint

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Word serta Microsoft Excel untuk membuat penyimpanan data dan asas pengiraan. Beliau juga mahir menggunakan Microsoft Powerpoint untuk melakukan pembentangan projek-projek sekolah beliau. Beliau juga memahami cara penggunaan Microsoft Publisher untuk membuat resume dan kad.


USAHAWAN MANSOR  BIN KANDATI

  Nama :  Mansor Bin Kandati
  Umur :  68 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Encik Mansor bin Kandati ialah usahawan jus belimbing buluh dan markisa,jem markisa serta sambal hitam belimbing buluh.Encik Mansor menanam belimbing buluh dan buah markisa.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak berapa mahir menangkap gambar dan serta teknik mempromosi produk beliau dengan betul.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah memperluaskan promosi produknya di aplikasi Dashboard Komuniti.


USAHAWAN RUZAINI BIN RAHMAD

  Nama :  Ruzaini Bin Rahmad
  Umur :  33 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Ruzaini bin Rahmad  merupakan pekerja sektor swasta serta menjalani perniagaan gerai makanan. Beliau menjual makanan seperti seperti char kuey tiew, nasi goreng dan lain-lain.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan FB ads untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat laporan perniagaan.  

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft word. Beliau juga sudah mula tahu untuk membuat FB ads.