USAHAWAN SYAIDATUL NABILA BT MOHAMAD ZAIDI

  Nama : Syaidatul Nabila Bt Mohamad Zaidi
  Umur :  22 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Cik Syaidatul Nabila merupakan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah yang merupakan usahawan separuh masa menjual pakaian seperti t-shirt,baju sejuk,seluar dan lain-lain.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Kini, semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli dengan lebih teratur.


 USAHAWAN THILLAI SRI NANTHAN A/L SIVANANDAN

  Nama :  Thillai Sri Nanthan a/l Sivanandan
  Umur :  21 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Encik Thilal Sri Nanthan merupakan pelajar sepenuh masa di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Beliau merupakan pelajar sambil menjual menjual kusyen kereta dan melakukan perkhidmatan membasuh kusyen kereta.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk dan perkhidmatan,menangkap serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk dan perkhidmatan beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan semua pengguna Dashboard Komuniti mengetahui produk yang beliau jual iaitu kusyen kereta. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih teratur.


 USAHAWAN ROHANA IBRAHIM

  Nama :  Rohana binti Ibrahim
  Umur :  52 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Puan Rohana merupakan Usahawan separuh masa dengan menjual makanan tengahari yang dihantar ke rumah-rumah (cod).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk beliau dan cara menangkap gambar dengan sisi yang betul.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook. Beliau juga ada mempromosikan produknya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau kini tahu cara yang betul untuk menangkap gambar produk jualan beliau.


CELIK IT YASHENDRAN

  Nama :  Yashendran a/l Francis Xaviar
  Umur :  17 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Yashendran menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada tahun 2015. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,simpan data,pembentangan dan membuat kad serta poster.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data, membuat pembentangan serta membuat kad dan poster.


 USAHAWAN MOHD HARIZ BIN MOHAMAD

  Nama :  Mohd Hariz bin Mohamad 
  Umur :  28 tahun
  Ahli :  2018

Latar Belakang

Encik Hariz merupakan usahawan sepenuh masa dengan melakukan kerja catering dan perniagaan di kantin sekolah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan perkhidmatan beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan perkhidmatan beliau menggunakan Facebook. Beliau juga ada mempromosikan perkhidmatannya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard mengetahui perkhidmatan yang beliau jalankan. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  katering dengan lebih teratur.