USAHAWAN ZUPAZLIANA BINTI MOHD ALI

  Nama :  Zupazliana Binti Mohd Ali
  Umur :  31 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Zupazliana Binti Mohd Ali berumur 31 tahun dan anak jati perak. Beliau menjalankan perniagaan kek dan minyak wangi De Xandra.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara mempromosikan produk dengan berkesan dan bagi pendapat beliau sukar mempromosikan produknya kerana terlalu ramai yang menjual produk yang sama.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir mempromosikan produk beliau mengikut masa yang sesuai di atas talian. Beliau juga mempelajari cara menarik mengambil dan melakukan editing gambar produk. 


USAHAWAN NOR AISHAH BINTI KUSHAIRI

  Nama :  Nor Aishah Binti Kushairi
  Umur :  29 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Nor Aishah Binti Kushairi merupakan peniaga bahulu warisan. Nor Aishah adalah antara orang terawal menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor sejak dibuka. Nor Aishah juga merupakan ahli jawatan kuasa komuniti bagi Pusat Internet  PPR Sri Bidor. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara yang berkesan mempromosikan produk. Beliau mengalami masalah pesaing perniagaannnya kerana meletakkan harga lebih murah. Beliau juga tidak tahu cara mengambil gambar produk dengan lebih menarik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet  PPR Sri Bidor, beliau kini mahir mempromosikan produknya secara atas talian mengikut masa yang bersesuaian. Selain itu, bahulu yang diusahakannya boleh didapati dalam pelbagai perisa antaranya strawberi, coklat dan pandan setelah mempelajari resepi melalui atas talian. Beliau juga mengetahui cara menarik mengambil gambar-gambar produknya.


CELIK IT ANBUKARSHI A/P KATHARAN

  Nama :  Anbukarshi A/P Katharan
  Umur :  58 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Puan Anbukarshi A/P Katharan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berumur 58 tahun.Puan Anbukarshi mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor sejak bulan Disember 2015.Berbekalkan semangat tidak mahu ketinggalan  dan tidak mahu menjadikan umur sebagai alasan untuk tidak belajar ICT. Beliau gigih menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet  PPR Sri Bidor dan dihantar oleh anak saudaranya dengan menaiki motorsikal. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum Puan Anbukarshi menjadi ahli PI, beliau tidak tahu menggunakan komputer.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PI serta mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan, Puan Anbukarshi mula mengetahui peralatan komputer dan cara menggunakannya.Beliau menjadi mahir menaip surat kiriman rasmi menggunakan Microsoft Word serta mengetahui cara menggunakan Internet.


CELIK IT HANIF ISKANDAR

  Nama :  Hanif Iskandar
  Umur :  19 tahun
  Ahli :  2015

Latar Belakang

Hanif Iskandar merupakan pelajar tingkatan enam di SMK Bidor. Beliau menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor sejak 14 November 2015 setelah melihat flyers yang diedarkan dan melalui Facebook page  Pusat Internet  PPR Sri Bidor.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu saluran serta cara yang betul untuk memohon pekerjaan dan tidak mahir menggunakan Microsoft Excel.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet  PPR Sri Bidor, beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat resume dan mengetahui cara memohon pekerjaan di laman web jobstreet.com.my dan Jobs Malaysia


Kisah kejayaan Pusat Internet PPR Sri Bidor pada kali ini adalah mengenai usahawan kuih tradisional iaitu kuih bahulu. Puan Nor Aishah binti Kushairi yang berumur 29 tahun tidak asing lagi dikalangan warga daerah Batang Padang dengan keenakan bahulu yang dihasilkannya. Puan Nor Aishah merupakan anak jati dari Bidor,Perak dan merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata.Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet  PPR Sri Bidor pada 23 November 2016 selepas menyertai program PI dan Komuniti yang dianjurkan oleh PI PPR Sri Bidor.
 
Beliau mendapat berita mengenai kewujudan Pusat Internet PPR Sri Bidor melalui ‘flyers’ yang diedarkan oleh petugas mengenai program PI dan Komuniti yang dijalankan di Padang Kampung Dato’Kamaruddin,Bidor.Pada program tersebut beliau telah beramah mesra dengan petugas dan petugas telah menjelaskan fungsi-fungsi yang terdapat di Pusat Internet PPR Sri Bidor.Beliau mula menunjukkan minat untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet  PPR Sri Bidor dan mendaftar sebagai ahli.
 
Sejak dari itu,beliau mula berminat untuk pergi ke Pusat Internet PPR Sri Bidor untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan dan beliau mahu melihat sendiri persekitaran Pusat Internet PPR Sri Bidor.Beliau mahu meningkatkan jualan kuih bahulu yang diusahakannya dengan memasarkan di media sosial.Oleh itu,pada permulaannya beliau belajar cara-cara untuk mamasarkan produk di Facebook.Di Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau bergiat aktif memuat naik gambar produknya di Facebook.
 
Pada pandangan beliau di Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau dapat membuat kerja-kerja pemasaran produk dengan lebih cepat kerana internet yang disediakan merupakan internet yang berkelajuan tinggi.Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos perniagaan beliau.Menurutnya lagi pengetahuan dalam bidang ICT dapat ditingkatkan dengan bantuan oleh petugas dengan hanya menjadi ahli.Ironinya,ini merupakan sesuatu pelaburan yang sangat berbaloi.
 
Kini petugas mendapati beliau sangat aktif memasarkan produk di laman sosial Facebook setelah mendapat bimbingan daripada petugas.Pendapatan hasil daripada kuih bahulunya juga agak meningkat.Sehingga kini beliau masih lagi meneruskan pembelajaran di Pusat Internet PPR Sri Bidor untuk membuat video mempromosikan produknya.
 
Kesimpulannya, Pusat Internet PPR Sri Bidor harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti sekitar Bidor kerana banyak program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti.Komuniti celik IT juga dapat dilahirkan dan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.